Jika anda rasa tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengembalikan keadaan seperti sedia kala, mungkin ada perlu fikirkan sekali lagi.
BACA: 222 Pemegang PhD Sokong Darurat Yang Diperkenan Agong
Menurut laporan Harian Metro, tempoh dua minggu itu hanyalah sekadar memberi kesempatan kepada frontliner perubatan untuk ‘bernafas seketika’.
Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar menjelaskan bahawa tempoh tersebut tidak akan memberi impak drastik pada empat angka positif harian kes Covid-19 yang kita lalui waktu sekarang.
“Tempoh mendapat keputusan makmal pula dianggarkan dua hingga tiga hari dan pengesanan kontak rapat boleh mengambil beberapa hari lagi”
“Bermakna dalam masa 14 hari ini kita hanya mengendalikan jangkitan yang sudah sedia ada saja,” katanya kepada portal berita tersebut.
Jelasnya lagi, sekurang-kurangnya masa empat hingga enam minggu adalah jangka masa yang logik untuk menurunkan angka kes kepada 3 atau 4 digit.
Untuk pengetahuan anda, PKP 2.0 dilaksanakan kerajaan selama 14 hari hingga 26 Januari 2021. Semoga kita semua mampu melalui situasi pandemik ini dengan tabah.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Harian Metro
Foto: Bernama