Kecoh satu negara baru-baru ini apabila ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ telah pun di cap dagang (trademark) menjadikan frasa tersebut sebagai hak ekslusif miliknya.
BACA: Ini Cara Untuk Buat Bantahan Trademark Nama ‘Harimau Menangis’
Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Mohd Roslan Mahayudin, jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.
Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu dan kelulusannya bergantung kepada hasil pemeriksaan serta pertimbangan agensi itu.
“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa bahawa jenama ‘Harimau Menangis’ telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.
“MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa iaitu sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” jelasnya kepada Harian Metro.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan untuk trademark perkataan Harimau Menangis itu adalah keterlaluan lebih-lebih di musim pandemik ini.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Harian Metro