Gara-gara kerajaan Perikatan Nasional (PN) pengisytiharan darurat, isteri kepada Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, Haflin Nazri Aziz telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial.
BACA: Sangat Berani, Bung Moktar Tawar Diri Jadi Orang Pertama Terima Vaksin COVID-19
Menurut laporan MalaysiaNow, Haflin mengakui screenshot yang tersebar di laman sosial adalah miliknya.
“Saya berhak mengatakan semua ini. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Kita semua mempunyai kebebasan bersuara,” jelasnya kepada portal tersebut.
Nazri Aziz’s wife spilling hot ☕️ tea on the Government!
This is a thread (1/3) pic.twitter.com/2JnjWmgA5P
— POLITICO 🇲🇾 (@PoliticoMy) January 13, 2021
Bagaimanapun tindakannya itu menerima pelbagai respons berbaur. Ada yang turut melemparkan kata-kata isni dengan menyatakan bahawa suaminya tiada beza dengan ahli politik lain yang mempunyai prestasi buruk.
Selain itu, dia turut menyelar situasi semasa yang tidak banyak bezanya dengan keadaan sebelum PKP dilaksanakan.
“Darurat diisytiharkan tetapi semuanya berjalan seperti biasa. Jadi apa perlunya darurat diisytiharkan?” katanya.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: MalaysiaNow