Sejak kebelakangan ini kahwin di usia muda seolah menjadi trend. Malah, ada di kalangan pelajar sekolah sudah membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Perkara itu mendapat perhatian pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya yang menyuarakan mengenai isu tersebut. Menurutnya, perkahwinan di usia muda tidak sepatutnya menjadi ikutan.
Katanya, tidak semua remaja sekarang matang dan berkemampuan. Ujarnya, jika mereka tidak bersedia hanya akan menyusahkan orang lain sahaja di masa akan datang.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, Fedtri turut berkongsikan kes dimana ada pasangan yang berkahwin di usia muda bercerai selepas dua minggu berkahwin kerana tiba-tiba merasakan tidak bersedia.
Kes 3. Dah ada anak tapi kemudian nak cerai sebab tak suka komitmen sebab stress. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) January 15, 2021
Tidak kurang juga, ada yang memilih untuk berpisah selepas mempunyai anak kerana tidak sukakan komitmen dan lebih senang hidup bujang, akhirnya anak ditinggal begitu sahaja.
https://twitter.com/fedtriyahya/status/1350420482319814656
Perkongsian Fedtri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai bersetuju bahawa anak muda sepatutnya belajar mengenai tanggungjawab sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mungkin ramai yang kahwin muda untuk elak maksiat, daripada berzina adalah lebih baik jika berkahwin. Namun, ada yan tidak setuju dengan pendapat tersebut kerana ramai mereka yang sudah berkahwin namun tetap melakukan maksiat.
Kata netizen lagi, sebelum berumah tangga pastikan niat kerana Allah. Netizen turut memberikan pendapat, perkahwinan bukan satunya cara untuk selesaikan masalah zina.
Jika mampu berkahwin, tiada masalah untuk teruskan, namun jika tidak mampu adalah lebih baik berpuasa untuk menahan hawa nafsu.
SUMBER: Twitter