Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah tidak dibenarkan dibuka dan pelajar diarah untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.
BACA: Pernah Terima Dana RM1.3 Juta, Kenapa Zoo Negara Minta Bantuan Ebit Lew?
Namun, proses pembelajaran terganggu dan pasti sukar buat pelajar yang tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai peranti untuk menjalani kelas online.
Menerusi satu perkongsian di Instagram hari ini, Ebit memaklumkan dia telah membeli sebanyak 100 buah tablet untuk diberikan kepada pelajar yang memerlukan.
Ebit turut meminta, sesiapa yang benar-benar memerlukan tablet berkenaan boleh terus menghubunginya.
Usaha Ebit Lew itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pendakwah tersebut yang pantas membuat kerja dan tidak menunggu lama.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Ebit dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai orang yang kesusahan serta urusan amal kebajikan dipermudahkan.