Dilabel Kardashian Kelantan, Neelofa Tak Hirau Langsung Kecaman Netizen

Sejak kebelakangan ini nama selebriti terkenal, Neelofa menjadi perhatian netizen. Mana tidaknya, baru-baru ini gaya berniqab nampak dahi diperkata ramai serta dilabel ‘Kardashian Kelantan’.

Hampi 10 tahun berada dalam dunia seni, Neelofa mengakui sudah lali dengan kecaman dilemparkan terhadap keluarga dan ia tidak memberi kesan kepadanya.

“Orang hendak labelkan saya ‘Kardashian’ atau apa sahaja… Ia tidak memberi kesan kepada kami. Alhamdulillah, keluarga saya juga tidak fokus terhadap kecaman dan kata-kata orang.

“Sebagai ‘public figure’, saya banyak menasihati dan memberi pendapat kepada keluarga bagaimana berdepan tohmahan,” katanya.

Mengulas mengenai pemakaian niqab apabila usahawan itu dikatakan semakin berani mendedahkan dahi, Neelofa berkata dia akan pakai apa yang membuatkan dirinya selesa.

“Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini, saya rasa hendak berniqab, saya akan pakai.

“Kalau esoknya, saya rasa hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa akui kecaman diterima dahulu lebih teruk berbanding sekarang kerana dia tahu bagaimana untuk tangani segala tohmanan dilemparkan.

“Sekarang, orang hendak kata apa, biarlah… Saya lebih tenang kerana tahu bagaimana hendak menangani emosi dan mental,” katanya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: BH Online