Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dan setiap ibu bapa pasti mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Anak-anak asalnya daripada kain putih dan ibu bapa yang mencorakkan mereka. Jika baik yang diajar, maka baiklah keperibadian anak itu apabila dewasa kelak.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Mag Malaya Ahmad berkongsikan video pendek seorang wanita yang meluahkan rasa tentang sukarnya untuk membesarkan anak-anak.
Lebih sebak, wanita itu duduk menjerit di dalam kereta selama 30 minit untuk melepaskan rasa marah dan geram dengan apa yang terbuku di hatinya.
Dalam keadaan menahan marah, wanita itu berkata jika dia mahu anaknya menjadi manusia yang baik dan berguna, dia perlu menjadi ibu yang baik. Katanya lagi, anaknya mengikut sahaja apa yang dilakukannya seperti yang kita tahu anak adalah cerminan ibu bapa.
Diakhir video tersebut, wanita itu tidak dapat menahan air mata serta mengatakan dia perlu ubah dirinya jika mahu mengubah anaknya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta memahami tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.