Wanita dan jualan murah sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selain dapat barang yang dinginkan, dalam masa sama boleh berjimat.
Tapi paling suami tak boleh faham bila si isteri kata nak beli satu barang atau nak window shopping tapi lain yang jadi bila barang penuh di tangan.
Seperti satu video tular di TikTok yang dimuat naik oleh @nizamjr.11 yang berkongiskan gelagat isterinya pergi ke sebuah pasar raya baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
Mana tidaknya, isterinya mengatakan mahu masuk sebentar ke kedai berkenaan untuk melihat barang tetapi keluar selepas satu jam kemudian. Lebih melucukan, isterinya membawa barangan penuh di tangan hasil pembelian di kedai tersebut.
@nizamjr.11dia kata nak tengok-tengok je.. ##ecoshop ##ecoshopmalaysia ##ecoshophaul ##tiktokmalaysia ##foryou ##fypp ##fyp ##tiktok ##tiktokviral
Seperti kita tahu kedai ECO Shop sememangnya tempat ‘berhantu’ dan membuatkan rambang mata lebih-lebih lagi menawarkan harga hanya RM2.10 untuk setiap barangan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berdepan perkara sama jika ke kedai tersebut.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan itulah cara wanita nak ‘bahagia’ dan tidak perlu pergi ke pusat beli-belah untuk rasa gembira.
Malah, ada netizen bergurau mengatakan sebelum masuk kedai tersebut lebih baik jika baca doa terlebih dahulu.
SUMBER: TikTok