Baru-baru ini tular video menerusi Facebook ‘Malaysia Independent Animal Rescue’ (MIAR) memaparkan seorang posmen didakwa melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah rumah di Kluang, Johor. Ekoran kejadian itu, anjing tersebut mengalami kecederaan pada mata sebelah kiri.
Terbaru, pihak mengeluarkan kenyataan meluahkan rasa kesal dengan perbuatan posmen itu dan sudah pun menggantungnya dari tugas sementara siasatan dilakukan.
“Kami telah mengenalpasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menungu hasil siasatan.
“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuklah menamatkan perkhidmatan mereka,” tulis kenyataan itu.
Terdahulu, pemilik anjing berkenaan telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
SUMBER: Malaysia Post