Semalam tular di media sosial gambar majlis resepsi anak perempuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berlangsung di BoraOmbak, Putrajaya.
Namun, ada cerita tak sedap didengar apabila ada yang mendakwa majlis tersebut tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.
Tampil menepis dakwaan tersebut, Dr Noor Hisham berkata majlis perkahwinan itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja dan tiada orang luar dijemput.
Dalam pada itu, Fedtri Yahya yang merupakan pengacara majlis tersebut turut menjelaskan kenduri itu hanya dihadiri kaum kerabat dan mematuhui SOP. Ujarnya lagi, jemputan majlis juga tidak melebihi 100 orang.
Umum mengetahui, kerajaan membenarkan majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi namun perlu mengikut SOP yang ditetapkan.
SUMBER: Twitter