Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok apabila seorang gadis berhijab memuat naik video berada di sebuah kelab malam bersama dua lagi rakannya yang juga berhijab.
Menerusi video tersebut, gadis berkenaan berkata dia pergi ke kelab malam bukan untuk mabuk tetapi hanya mahu menikmati minuman milkshake coklat sambil berhibur.
“Orang lain berjoget, kita cuma nyanyi. Orang lain pesan minuman beralkohol, kita pesan milkshake. Orang lain pulang atas jam 12 tengah malam, kita jam 10 dah cabut,” tulisnya.
Seperti sudah dijangka, tindakan gadis itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan perbuatannya itu menjatuhkan maruah wanita bertudung.
Kata netizen lagi, banyak lagi kafe biasa boleh pergi tetapi memilih untuk pergi ke kelab malam yang boleh mendatangkan fitnah.
Bagaimanapun, ada yang mengatakan tempat dikunjungi gadis itu adalah kafe biasa namun mempunyai suasana seperti kelab malam kemudian mengatakan berada di kelabĀ untuk meraih perhatian sahaja.
SUMBER: Borakdaily