Benarlah apa dikata, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Meskipun ada ibu bapa jarang mengucapkan kata sayang, namun mereka sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak.
Seperti video tular ini, betapa besarnya kasih seorang ayah yang berusaha untuk menggembirakan anaknya. Dikongsikan oleh Arifah Rahim, gadis ini berkata dia pernah meminta supaya hadiah hari jadinya dibalut kononnya sebagai kejutan.
Kasihnya si ayah, sanggup menunaikan permintaan anak sehingga sanggup membalut hadiah untuk berikan pada anak pada jam 1 pagi.
Ketika sesi membuka hadiah, Arifah yang pada awalnya teruja terus menangis apabila menerima hadiah seutas gelang emas daripada bapanya.
Arifah berkata dia tidak menyangka sama sekali diberikan hadiah istimewa itu kerana sedar berasal dari keluarga yang sederhana.
Perkongsian Arifah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat momen itu dan keakraban mereka sekeluarga.
SUMBER: TikTok