Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan.
Pasti ramai tahu Khairulaming akhirnya memperkenalkan produk keluarannya iaitu Sambal Nyet. Lebih mengejutkan, Khairulaming berkongsikan jualan sambalnya mencecah RM1 juta.
Tidak hanya berpeluk tubuh melihat nasib rakyat Palestin, Khairulaming memaklumkan sebahagian daripada hasil jualan produk Sambal Nyet akan disalurkan ke Tabung Palestin.
https://twitter.com/khairulaming/status/1393528056342401029
Menurutnya lagi, sebanyak RM10,000 hasil jualan daripada Sambal Nyet sebelum ini akan disumbangkan. Katanya lagi, dia berharap dengan bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk Palestin yang kini ditimpa ujian.
Dalam pada itu, Khairulaming turut mengajak orang ramai untuk turut sama menderma mengikut kemampuan ke tabung Gaza yang dinyatakan menerusi Twitternya.
Perkongsian Khairulaming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji niat murni dilakukan serta mengatakan mereka akan terus membeli Sambal Nyet sebagai tanda sokongan.