Tidak tahu macam mana lagi ingin diungkapkan ketika ini. Belum cukup 24 jam lagi selepas Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata, kini Masjid al-Aqsa kembali ditawan mereka.
BACA: Live Dengan Caprice, Adakah Influencer Israel Ini Alat Agenda IDF?
Untuk pengetahuan anda, rakyat Palestin baru saja berpeluang untuk memeriahkan Masjid al-Aqsa bagi menyambut Aidilfitri.
Namun melalui perkongsian akaun Instagram Cinta Syria Malaysia, perkara sebaliknya berlaku apabila tentera Zionis kini kembali menawan masjid tersebut.
Malah daripada perkongsian itu juga, mereka turut didakwa melepaskan gas pemedih mata dan juga peluru getah terhadap pengunjung masjid tersebut.
Jelas sekali pihak mereka ini jenis tak boleh bawa berbincang. Tidak usahlah nak menjemput influencer mereka ke apa, semuanya sia-sia berurusan dengan pihak sebegini dan tidak boleh dipercayai langsung.
Apa pun, diharapkan semoga keadaan di sana akan kembali terkawal. Susah bukan untuk melihat kesenangan orang lain?
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.