Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang sedang hamil dibelasah sehingga koma selepas dibelasah suaminya, mengundang kemarahan netizen.
Terbaru, wanita tersebut yang juga merupakan pegawai sebuah jabatan kerajaan dibenarkan pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka selepas dirawat 27 hari.
Memetik laporan Kosmo!, adik mangsa dikenali sebagai Fazariah berkata kakaknya masih dalam koma namun keadaannya kini stabil. Malah, kakaknya juga sudah boleh bernafas sendiri.
“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.
“Selepas mendapat kebenaran Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, kami membawanya pulang ke Sungai Udang semalam (kelmarin),” katanya.
Dalam pada itu, Fazariah mengatakan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan dan doktor memaklumkan peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis. Katanya lagi, kandungan kakaknya dalam keadaan baik dan usia kandungan kini sudah memasuki 11 minggu.
Fazariah berkata lagi, mereka sekeluarga sedih melihat keadaan kakaknya yang sedang mengandung dalam keadaan sakit dan minum susu ramuan khas.
“Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum,” katanya.
SUMBER: Kosmo!