Gadis Ini Dikecam Dakwa Perempuan Kelantan ‘Pisau Cukur’, Pengotor

Baru-baru ini tular kisah seorang pemuda yang sanggup berpisah dengan kekasihnya kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibu teman wanitanya itu yang meminta hantaran sebanyak RM30,000.

Bagaimanapun, lebih menjadi perhatian ramai komen seorang gadis ini berhubung kisah pemuda itu yang menyarankan lelaki diluar sana supaya tidak memilih jodoh atau wanita dari negeri Kelantan.

Gadis itu turut mendakwa wanita dari Kelantan pemalas, pengotor, jijik dan pisau cukur. Malah, mendakwa wanita Kelantan juga dianggap seperti warga Indonesia.

 

Komen gadis itu tular sehingga dikecam teruk oleh netizen yang disifatkan menjatuhkan maruah wanita negeri tersebut.

Malah, ramai meminta gadis itu berhati-hati meninggalkan sebarang komen apatah lagi memetik nama negeri kerana bimbang boleh mencetuskan kemarahan ramai.