Susulan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, secara tidak langsung menyaksikan peningkatan kes keganasan rumah tangga.
Pelbagai faktor menjadi punca kes keganasan rumah tangga antaranya berdepan masalah kewangan dan tekanan hidup. Justeru itu, sangat penting untuk kita peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kerana keprihatinan kita mampu menyelamatkan mangsa.
Seperti kisah tular di aplikasi TikTok ini, seorang pengguna @nurbby berkongsikan video jirannya meraung kesakitan dipercayai dipukul oleh suaminya.
Gadis itu mendakwa sudah beberapa kali kejadian pukul itu berlaku namun dia tidak berani tampil ke hadapan. Bagaimanapun pada hari tersebut dia bertindak menghubungi polis.
Berkongsi lanjut mengenai kejadian tersebut, gadis itu mendakwa suaminya berang apabila si isteri tidak membenarkannya masuk dengan mengunci pintu rumah.
Lebih mengejutkan gadis itu mendakwa pernah melihat sendiri si isteri dipihak oleh suami tanpa belas kasihan.
Tindakan pantas gadis yang menghubungi polis itu mendapat perhatian daripada netizen yang memuji tindakan beraninya itu apabila memberitahu lelaki berkenaan sudah pun ditahan.
SUMBER: TikTok nurbby