Sebut sahaja nasi, sememangnya ia merupakan makanan ruji dan utama masyarakat Malaysia. Namun, pasti anda terkejut jika ada yang tidak boleh menelan nasi.
Kedengaran agak pelik, namun ia benar-benar berlaku. Seperti yang dikongsikan oleh wanita bernama Farah Asyikin ini dimana selama 21 tahun hidup dia tidak pernah makan nasi.
Berkongsikan kisah di TikTok, Farah berkata dia mula tidak makan nasi apabila ketika kecil dahulu dia melihat butiran nasi nampak seperti ulat.
https://www.tiktok.com/@frrahasyikin/video/6974729958182653186?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6974729958182653186&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Malah, Farah berkata dia pernah muntah apabila cuba disuap nasi. Bagaimanapun, Farah memberitahu makanan lain berasaskan beras dia masih boleh makan kerana tidak menyerupai nasi.
Perkongsian Farah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang terkejut, namun ada yang berkongsikan ada dikalangan ahli keluarga dan rakan mereka turut tidak boleh makan nasi dan makanan lain.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan rugi jika tidak dapat makan nasi namun ada kelebihannya kerana senang untuk menurunkan berat badan.
SUMBER: TikTok Farrah Asyikin