Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, sememangnya ramai yang memilih untuk membeli barangan melalui atas talian sahaja. Bukan sahaja mudah, malah harga yang ditawarkan juga lebih murah daripada dijual di kedai.
Namun, dengan lambakan jualan murah diadakan oleh platform e-commerce, tidak hairan jika barang yang dibeli lambat sedikit diterima oleh pelanggan.
Belum lagi jika berdepan dengan pembeli yang tidak sabar untuk menerima barangan dalam tempoh yang singkat kemudian bertindak meletakkan rating rendah kepada penjual.
Seperti satu gambar tular di media sosial baru-baru ini dimana seorang pembeli memberi rating dua bintang kepada pembeli dek kerana barang yang ditempah gagal diterima hari yang sama.
Sudahlah baru membayar barangan tersebut, namun individu itu bertindak mengesahkan barangan diterima dan terus memberi rating.
Tidak hanya berdiam diri, penjual tersebut tampil ‘sekolahkan’ pelanggannya itu bahawa pembelian di Shopee bukan seperti perkhidmatan Foodpanda dan Lalamove yang boleh sampai pada hari yang sama.
Perkara itu turut mendapat pelbagai reaksi dairipada netizen yang turut berang dengan individu berkenaan. Malah, ada yang berkongsikan pengalaman sama berdepan dengan pelanggan seperti itu.
Seperti kita tahu, kita hanya boleh menekan butang Order Received sekiranya sudah menerima barangan yang dibeli dan memberi rating. Apa pun diharap semua sedia maklum kerana pemberian rating boleh memberi kesan kepada penjual.
SUMBER: The Vocket