Wanita Terkejut Kena Berdiri Tunjuk Baju Masa Temuduga Online, Netizen Belajar Sesuatu

Umum mengetahui, sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, kita perlu menjalani kehidupan norma baharu apabila perlu belajar dan bekerja di rumah.

Bukan itu sahaja, apa sahaja sesi temuduga termasuk kerja hanya boleh dilakukan melalui atas talian dan tiada lagi secara bersemuka seperti kebiasaannya.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna TikTok @nurdinieirdina berkongsi pengalamannya melalui temuduga kerja secara ‘online’.

https://www.tiktok.com/@nurdinieirdina/video/6978793148537490714?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2F&referer_video_id=6978793148537490714&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

Namun, wanita bernama Nur Dinie akui terkejut apabila diminta untuk berdiri untuk memperlihatkan pakaian yang pakainya ketika temuduga berkenaan.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memujinya kerana memakai pakaian yang bersesuaian ketika temuduga.

Malah, melihatkan video tersebut rata-rata netizen memperlajari sesuatu supaya bersiap sedia dan mengambil serius setiap kali ditemuduga.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak dapat membayangkan betapa malunya jika memakai pakai rumah dan tiba-tiba diminta berdiri oleh mereka yang menemuduga.

Dalam pada itu, ada yang mengucapkan terima kasih kepada Dinie di atas perkongsian tersebut sekaligus membuatkan mereka lebih berhati-hati dan serius setiap kali ditemuduga.

SUMBER: TikTok