Sememangnya bukan mudah untuk turunkan berat badan apatah lagi ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Malah, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa peduli bahaya akan menimpa demi untuk cantik.
Tetapi siapa sangka meskipun makan 5 kali sehari, namun lelaki ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 63 kilogram.
Seperti kisah dikongsikan oleh Ahmad Anwar ini yang berjaya menurunkan berat dari 151kg kepada 88kg dalam masa setahun tanpa perlu berlapar.
Sebelum ini makan dua kali sehari tapi berat naik sehingga 151kg
Ketika berat saya 151kg dengan pinggang 67 inci, saya hanya makan sehari dua kali sahaja. Sekali saya akan makan berat jam 8 pagi dan sekali lagi saya akan makan jam 6 petang
Walaupun hanya makan 2 kali sehari, saya berjaya mengepam badan saya sehingga 151kg dengan jayanya
1. Saya tidak merancang pemakanan saya.
Saya akan makan jam 8 pagi, nasi penuh pinggan dan ayam/ikan 2 ketul besar. Sayur sedikit. Kuah banjir. Saya ada diebetes jadi saya tidak minum air manis.
2. Kemudian makan malam saya, biasanya saya akan makan nasi goreng kedai dan tomyam semangkuk + telur mata sebiji.
Lojiknya jika saya hanya makan begini seharian berapa kalori intake saya sehari?
Sekitar 2000-2200 sehari. Dan ikut bmi saya, intake sebegini sebenarnya belum mencapai maintenance dcr saya pada ketika itu!!!
Jadi kenapa saya membesar dengan jayanya?
Sebab di antara 2 waktu makan tersebut, ada banyak snacking yang berlaku tanpa kawalan.
Kerepek, kuih muih, buah buahan, goreng pisang, keropok lekor. Favourite saya dulu, suka beli goreng pisang RM5 makan sorang.
Hari ini, berat saya tinggal 88kg
Masih dalam perjuangan yang panjang. Pinggang sudah tinggal 38-39 inci. Badan pun rasa makin ringan. Hairannya kini, saya makan 5 kali sehari. 3 kali lebih banyak dari dulu.
Kenyang!!! Malah adakala saya rasa penat nak makan.
Bezanya? Saya makan makanan yang penting untuk tubuh dan kurangkan pemakanan yang tinggi kalori tapi kurang nutrisi. Takda lagi RM5 goreng pisang melantak, sebaliknya makan sekali sekala sekadar perlu.
Takda lagi makan kerepek setiap hari, teringin makan lah sedikit
Takda lagi makan buah cicah asam sampai RM10. Makan buah dalam kuantiti setiap hari.
Perubahan yang saya buat dalam pemakanan hanya tiga.
1. Belajar tentang portion makanan
2. Belajar tentang cara makan
3. Kurangkan makanan tinggi kalori rendah nutrisi
Tidak berlapar, tidak seksa diri, tidak stress!! Sape kata diet tu susah? Susah kerana kita terlalu memikirkan yang susah-susah.
Apa yang kita perlu ialah mulakan langkah kearah itu. Mula dengan rancang makanan harian anda, kutip ilmu dan jangan terlalu mengejar result.
Percayalah result akan datang kemudian. Usaha pasti tidak khianati hasil. Semoga berjaya semua!!
SUMBER: Facebook Ahmad Anwar