Lain Jadi Bila Suruh Suami Simpan Ikan, Ramai Wanita Luah Rasa Geram Benda Senang Pun Tak Tahu

Tidak dinafikan dalam hal kerja rumah kebiasaannya para isteri yang lebih hebat, malah perkara kecil pun isteri yang akan selesaikan.

Baru-baru ini tular video TikTok seorang wanita berkongsikan video gelagat suaminya apabila diminta menyimpan ikan di dalam peti sejuk.

Tindakan suaminya ternyata membuatkan ramai geleng kepala apabila meletakkan sahaja 2 ekor ikan berkenaan di dalam peti sejuk tanpa meletakkan di dalam bekas.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan tindakan tak masuk akal lelaki daripada keluarga masing-masing.

https://twitter.com/SitiZulaikhaMR/status/1416397991057911810

Apa yang menjadi perhatian, seorang netizen berkkongsikan dia pernah menyuruh anaknya menyimpan nasi namun anaknya menyimpan sekali periuk nasi di dalam peti ais.

Malaah, seorang lagi netizen berkongsikan menyuruh suaminya membelikan serai tetapi yang dibeli hanya sebatang serai bukannya seikat serai.

Meskipun ramai terhibur dengan perkongsian berkenaan namun ada yang meluahkan rasa geram dengan segelintir lelaki perkara semudah itu pun tidak boleh buat.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan golongan lelaki sedemikian hanya harapkan isteri atau ibu sahaja buat kerja rumah dan mereka hanya goyang kaki.

Dalam pada itu, seorang lagi netizen turut mengatakan lelaki sebegini apabila di luar pandai pula bawa diri serta mempersoalkan adakah di tempat kerja bos perlu ajar satu persatu baru faham.

SUMBER: Twitter