Polis Bagi Pemilik Motosikal Dengar Sendiri Bunyi Ekzos Bising, Ramai Puas Hati

Isu ekzos bising seolah tiada penyelesaian meskipun sebelum ini penguatkuasa pernah melaksanakan operasi kompaun secara besar-besaran kepada pemilik motosikal.

Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang anggota PDRM meletakkan pemilik motosikal berhampiran ekzos motosikal sendiri dan memulas throttle sehingga mengeluarkan bunyi bingit.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakan tersebut serta meluahkan rasa puas hati apatah lagi ‘geram’ dengan pemilik motosikal yang suka membuat bising dengan ekzos mereka.

Kata netizen lagi, rata-rata mereka bersetuju untuk melakukan hukuman tersebut sebagai pengajaran. Malah, ada yang mencadangkan perlu dibuat kepada penjual juga.

Hasil tinjauan mendapati, rata-rata netizen berkata mereka puas hati dengan tindakan polis berkenaan dan akui tertekan dengan sikap pemilik motosikal yang suka membuat bising dan mengganggu ketenteraman jiran.

SUMBER: TikTok