Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun, jodoh, ajal dan maut sudah ditentukan Tuhan.
Seperti kisah dikongsikan wanita bernama Mira ini, rumah tangga yang dibina musnah selepas dijatuhkan talak tiga oleh suaminya di luar mahkamah.
Mira berkata suami melepaskannya kerana mahu berkahwin dengan wanita lain. Namun, selepas menceraikannya bekas suami mencarinya serta merayu mahukannya kembali.
https://www.tiktok.com/@cikmighaie/video/6988352346900155674?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497
Lebih parah, Mira turut berkongsikan video memaparkan bekas suaminya menceroboh masauk ke rumah ibu bapanya dengan memanjat pagar rumah.
Bekas suaminya merayu di tepi tingkap sambil memangilnya berkali-kali. Mira berkata meskipun sudah melaporkan kepada polis, namun dia dibebaskan selepas memberi alasan mahu berjumpa dengan anak.
Perkongsian Mira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan pendedahan wanita itu serta memintanya untuk lebih berhati-hati.
Malah, ada netizen turut berkongsikan pengalaman sama serta mengatakan mereka sudah tawar hati dan tidak mungkin akan menerima bekas suami kembali.
SUMBER: Kisah Dunia, TikTok