Setiap pasangan berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai penyeri sebuah rumah tangga. Namun zuriat adalah rezeki dari Tuhan, ada yang cepat dan ada yang tunggu bertahun baru dikurniakan cahaya mata.
Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Eamy ini, dia sudah mendirika rumah tangga selama tujuh tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat.
Namun, lebih menyedihkan apabila menerima sindiran mulut pak cik bawang mengatakan dia belum ada anak disebabkan fizikal tubuh badannya.
Terkesan dengan kata-kata tersebut, Eamy berkata dia nekad untuk menurunkan berat badan sebagai ikhtiar untuk dirinya hamil. Namun meskipun sudah menurukan berat badan lain pula dikatakan kepadanya.
https://www.tiktok.com/@naeamy/video/6989214603041393947?referer_=&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497
“Sejak hari itu, saya nekad untuk kuruskan badan. Dari 105 kg sekarang dah 85kg dan masih berjuang untuk zuriat. Tapi bila saya kurus orang cakap saya sakit dan tak subur pulak.
“Sedihnya, salah ke tak ada zuriat? Siapa yang taknak anak? Kesedihan ni hanya Allah yang tahu,” tulisnya.
Menerusi video tersebut, meskipun disindir namun dia tetap positif dan tidak pernah pertikai mengapa belum dikurniakan zuriat lagi kerana dia percaya pada rezeki.
Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi daripad netizen yang terus memberikan kat-akata semangat serta mendoakan agar dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.
SUMBER: TikTok