Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di media sosial mengenai influencer dan juga usahawan, Carl Samsudin didakwa memarahi dan memalukan seorang warga emas di khalayak ramai.
Susulan kejadian itu, media sosial pengasas dan pemilik butik Bella Ammara itu dihujani dengan kecaman netizen.
Dalam kehangatan isu tersebut, peguam mewakili Carl iaitu Emma Sakira tampil menjawab mengenai perkara itu dimana ada pihak mahu menjatuhkan anak guamnya apabila klip video tular itu hanya diambil sebahagiaan sahaja.
“Pihak tersebut pergi rekod video ini dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motivasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.
“Permainan orang itu nak jatuhka Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu bahawa Carl tak beradap, kurang ajar, herdik orang tua..walhal itu tidaka benar.
“Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang itu’ yang sampaikan cara sebegitu,” katanya.
Kata Emma lagi, anak guamnya itu memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Selasa lalu.
“Bila beri ceramah motivaso, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasiliti secara sukarela, bukan di paksa.
“Dia sendiri datang ke depan untuk kongsi pengalaman dan kisahnya. Bukan dia herdik, itu tidak benar. Itu yang ‘pihak tersebut’ buat, tujuanya untuk menjatuhkan Carl, sampai tular video itu satu Malaysia,” katanya.
Kata Emma lagi, anak guamnya akan membuat laporan polis hari ini kerana penyebaran video berkenaan jelas mempunyai unsur fitnah. Laporan itu juga adalah bagi membersihkan nama Carl susulan fitnah tersebut.
SUMBER: mStar Online