Susulan pandemik Covid-19, banyak aktiviti tidak dapat dilakukan termasuk tidak dapat menunaikan solat jemaah di surau ataupun masjid.
Baru-baru ini, perkongsian gadis bernama Farhah Jamaluddin menjadi perhatian ramai di aplikasi Tiktok mengenai bapanya.
Menerusi video tersebut, bapanya tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya menerima kad jemputan ke solat Jumaat selepas sekian lama tidak ke masjid.
@farhahjamaluddin Setiap hari ayah bersiap nak pergi masjid tapi tak dapat pergi. Selalu tunggu giliran. #ayah #rindumasjid #fypシ #tiktokmalaysia #fypmalaysia #fyp
Kata Farhah lagi, bapanya itu setiap hari akan bersiap dan menunggu giliran jika dia diberi peluang untuk ke masjid. Katanya lagi, kali terakhir bapanya ke masjid pada Aidilfitri tahun lalu.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta berharap mereka juga diberi kesempatan untuk masjid juga.
SUMBER: TikTok