Kes kemalangan kerana melanggar lampu isyarat bukanlah perkara baru, hampir setiap hari ada sahaja kita mendengar pengguna jalan raya melanggar undang-undang, sehingga menyebabkan kematian.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang mangsa kes langgar lampu hijau yang mahu menuntut keadilan di atas apa yang berlaku terhadap dirinya dan juga rakannya disebabkan kemalangan berkenaan.
Turut memuat naik video bukti insiden berkenaan, mangsa meluahkan rasa kesal apabila pemandu kereta berwarna silver yang bertembung dengan keretanya mendakwa lampu isyaratnya ketika itu hijau, sedangkan lampu isyaratnya juga jelas memaparkan hijau.
I’m going to saman you. Just wait. You have no idea what I’ve been through because of you. pic.twitter.com/NX73ug9U9N
— OMAR WALID (@OkayOmar) October 21, 2021
Ujarnya, disebabkan kejadian itu tulang pinggul hingga ke pehanya patah. Malah, seorang rakannya mengalami patah tulang rusuk.
Mangsa turut bertanyakan adakah pemandu kereta silver itu menggunakan telefon ketika memandu kerana melanggar lampu isyarat merah.
Kata mangsa lagi, disebabkan insiden itu juga dia ditempatkan di wad selama tiga minggu dan pemandu berkenaan tidak tahu kesakitan yang dilaluinya disebabkan kecuaian orang lain.
Tegasnya lagi, dia sudah pun mempunyai maklumat mengenai pemandu kereta silver serta laporan polis dibuat. Mahu menuntut keadilan, mangsa berkata ramai saksi serta video kejadian dan akan mengambil tindakan sebaik sahaja keluar dari hospital.
SUMBER: Twitter