Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapat pekerjaan di kala pandemik ini. Namun, sikap pelajar universiti yang dikatakan manja ketika menjalani latihan industri membuatkan mereka terlalu memilih pekerjaan.
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan ada dikalangan mahasiswa yang tertekan sehingga berhenti menjalani latihan industri kerana didakwa diperlakukan seperti hamba.
Antara alasan diberikan mahawsiswa apabila mereka sering diarah oleh pekerja di syarikat serta diminta melakukan tugas di luar skop pembelajaran praktikal.
Tidak kurang juga, ada yang mengeluh apabila perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan semua kerja sehingga balik lewat malam.
Perkara itu mendapat perhatian seorang netizen bernama Wan Nasrul Muhaimin yang mengatakan rungutan-rungutan yang diberikan itu mungkin boleh menjadi punca kemiskinan.
Tampil memberikan nasihat kepada pelajar universiti diluar sana, Nasrul berkata kajian menunjukkan ramai generasi masa kini lebih suka bekerja bebas dan tidak suka diarah.
Namun, Nasrul berkata Arahan adalah proses pembelajaran fasa pertama sama seperti kita sejak dari kecil lagi apabila diberi arahan oleh ibu bapa.
Mengulas mengenai alasan pelajar yang tidak mahu bekerja luar dari skop pembelajaran, Nasrul memberi jaminan apabila masuk ke dunia pekerjaan sememangnya akan kerja di luar skop.
Namun, ada kelebihannnya dimana bekerja di luar skop sekaligus membuka peluang kepada karier yang lebih hebat kerana anda belajar banyak perkara.
Yang ketiga, Nasrul memberi nasihat mengenai alasan tidak mahu bekerja lebih masa. Menurutnya, kajian mendapati anda bekerja hanya untuk hidup sahaja jika anda bekerja selama 8 jam.
Namun, individu hebat dan berjaya pula bekerja setiap hari selama 12 jam. Ujarnya lagi, dia bukan minta balik kerja lambat sebaliknya jangan berkira untuk balik lambat jika perlu.
Lebih menjadi perhatian, Nasrul turut mengingatkan kepada anak muda supaya tidak termakan dengan dakyah ‘WORK-LIFE’ BALANCE’ kerana perkara itu tidak wujud.
Katanya, jika anda ada banyak masa namun tiada duit juga tak guna. Sebaiknya manfaatkan untuk kerja lebih masa ketika masih bujang dan tiada komitmen.
Diakhir perkongsian itu, Nasrul mengingatkan jika benar berlaku penganiayaan dan penyalahgunaan pekerja latihan industri, laporkan kepada pensyarah anda.
SUMBER: FB Wan Nasrul