Susulan pandemik Covid-19 melanda dunia, tidak nafikan ramai terjejas pendapatan dan hilang kerja. Malah, ada yang kehilangan rumah serta terpaksa ikat perut.
Baru-baru ini tular perkongsian video oleh seorang individu di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki mencari makanan di dalam tong sampah. Lebih sebak, lelaki tersebut dilihat turut makan sisa makanan yang diambil dari tong sampah berkenaan.
Individu berkenaan kemudian meminta lelaki berkenaan berhenti berbuat demikian serta meminta suaminya membelikan roti dan air untuk mengisi perut terlebih dahulu.
Ketika menunggu suaminya membeli nasi, individu itu bertanyakan kepada lelaki berkenaan mengapa makan sisa makanan dari tong sampah.
Lelaki itu menjawab dia terlalu lapar kerana sudah dua hari tidak makan. Wanita itu tidak dapat menahan sebak melihat lelaki berkenaan makan dengan lahap.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh melihat nasib lelaki itu serta mengucapkan kepada individu berkenaan yang sudi membantu.
Kata netizen lagi, disaat kita hidup selesa cukup makan dan minum, ada mereka di luar sana tidak ada sumber makanan sehingga terpaksa mencari di tong sampah.
Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap perkongsian tersebut dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu mereka yang kesusahan.