Buat pencinta kopi sememangnya rangkaian minuman terkenal Starbucks menjadi pilihan. Namun tidak semua mampu menikmati minuman jenama itu kerana harganya yang mahal.
Baru-baru ini tular video memaparkan seorang gadis menangis kerana membeli air Starbucks. Dapat dilihat gadis itu menitiskan air mata dan sedang menampal pelekat seolah mahu mengalihkan perhatian.
Rupanya, gadis itu menangis hanya kerana teman lelakinya bertanya mengapa minuman dibeli mahal sangat apatah lagi menggunakan kad miliknya untuk membayar minuman berkenaan.
Video diaplikasi TikTok itu dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa sedih melihat gadis itu menangis.
Katanya, jika teman lelakinya bertanyakan soalan sedemikian, dia akan membayar semula minuman tersebut dan meninggalkan lelaki berkenaan.
Malah, ada segelintir netizen mengatakan takkan dengan kekasih pun nak berkira. Tidak kurang juga ada yang mengatakan, jika tidak mampu, lebih baik jangan ada teman wanita.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan jika tidak mampu atau harga minuman tersebut membebankan si lelaki perlu berterus terang daripada mengeluarkan ayat tersebut.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter memuat naik satu video dimana lelaki tersebut menjelaskan kisah sebenar kekasihnya menangis.
Menurutnya, dia memberikan kad kepada kekasihnya untuk membeli air Starbucks sementara dia menunggu di meja, dia mendapat notifikasi daripada bank dimana sebanyak RM40 digunakan daripada kad miliknya.
owner dah explain pic.twitter.com/822yqhIKjS
— adam (@zikriadamn) November 29, 2021
Ujarnya, dia mengetahui harga air Starbucks RM17 hingga RM18 namun akui terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM40.
Kemudian, kekasihnya kembali ke meja dan dia terus bertanyakan mengapa mahal sangat dan hairan mengapa harga terlalu mahal sehingga mencecah RM40.
Kata lelaki itu, rupanya kekasihnya membelikan dua minuman. Bagaimanapun, tiba-tiba kekasihnya itu menangis. Jelas lelaki itu lelaki, sudah 6 thaun menjalin hubungan ianya perkara biasa kekasihnya menangis kerana terlalu sensitif.
Jelasnya lagi, dia tidak sangka video dikongsikannya itu mengundang kemarahan netizen. Di akhir video itu, lelaki itu berkata dia tidak berkira tetapi pelik mengapa harga untuk satu minuman mencecah RM40 kerana dia tidak tahu kekasihnya itu membeli dua minuman.
SUMBER: Twitter Sabbybyyy