Hujung tahun ini, pasti ibu bapa tidak melepaskan peluang membawa anak bercuti selepas hampir dua tahun tidak dapat kemana-mana dan hanya berada di rumah berikutan penularan virus.
Namun, baru-baru ini tular satu video dashcam memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris dilanggar apabila terus berlari melintas jalan raya tanpa orang dewasa disisinya.
Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan percutian Pantai Puteri Melaka pada hujung minggu lalu.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut serta mengecam ibu bapa kanak-kanak tersebut yang tidak peka tentang keselamatan anak.
Kata netizen lagi, kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kereta tersebut tidak dipandu dengan laju dan sempat menekan brek.
Malah, ada netizen yang berang mendakwa bapa kepada kanak-kanak tersebut juga tidak perasan anaknya melintas.
Apa pun diharap video tersebut dapat dijadikan pengajaran kepada ibu bapa diluar sana untuk lebih bertanggungjawab jika membawa anak berjalan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
SUMBER: Facebook