Pekerjaan sebagai penghantar makanan bukan mudah, mana tidaknya mereka perlu membawa motosikal dalam keadaan hujan dan panas untuk memastikan makanan sampai ke pelanggan.
Namun, tidak dinafikan banyak kali kita mendengar penghantar makanan sering melanggar lampu isyarat sehingga berlaku kemalangan.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebok berkongsikan satu rakaman dashcam memaparkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda CR-V dengan rider penghantar makanan di salah satu kawasan sekitar Port Klang.
Menerusi video tersebut, dua rider dilihat melanggar lampu isyarat merah berkenaan. Seorang berjaya melintasi tanpa sebarang masalah, bagaimanapun seorang lagi dilanggar oleh sebuah Honda CR-V sehingga melambung akibat pelanggaran berkenaan.
Akibat kemalangan tersebut, kereta CR-V berkenaan rosak teruk di bahagian hadapan dan motosikal berkenaan dilihat remuk di bahagian hadapan serta makanan yang dibawa bersepah akibat daripada impak kuat.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta kepada rider supaya tidak perlu tergesa-gesa setiap kali menghantar makanan kerana ada keluarga menanti di rumah.
Tidak dapat dipastikan keadaan rider berkenaan, namun hasil tinjauan di ruangan komen, rider tersebut dihantar ke hospital berikutan kecederaan pada kaki.
SUMBER: Facebook