Tidak dinafikan setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak, termasuklah dari segi pendidikan dan persekolahan mereka.
Namun, biarlah berpada-pada dan tidak keterlaluan sehingga terlalu manjakan anak untuk mendapatkan keselesaan terutama di sekolah kerajaan.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita yang bertanyakan sekolah rendah kebanggan di kawasan Ampang yang menggunakan tandas duduk.
Kata wanita itu lagi, kebanyakan rumah sekarang menggunakan tandas jenis duduk namun dia kebanyakan sekolah masih menggunakan tandas jenis cangkung.
Perkongsiannya itu mendapat maklum balas daripada seorang netizen yang tenang meminta supaya wanita tersebut menghantar anaknya ke sekolah swasta atau antarabangsa jika mahu sekolah yang menyediakan tandas duduk.
Netizen tersebut turut menyindir wanita berkenaan supaya jangan menghantar anak ke sekolah kerajaan kalau mahu manjakan anak sehinggakan risau bagaimana mereka hendak membuang air.
Komen individu itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang mengecam wanita berkenaan.
Kata netizen lagi ada sebab mengapa menggunakan tandas cangkung kerana jika menggunakan tandas duduk perlu berkongsi duduk di tandas berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan masalah untuk menggunakan tandas duduk akan cepat pecah kerana ada pelajar akan berdiri atas tandas berkenaan.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan pelajar generasi akan datang akan jadi lemah kerana dimanjakan oleh ibu bapa dek kerana tiada survival skill.
Turut menjadi perhatian, ada netizen memberi senarai sekolah antarbangsa dimana yuran tahun berharga puluhan ribu ringgit.
SUMBER: Twitter Pedoqpop