Ini Realiti ‘Rumah Merah’ Di KL, Berbau Pun Masih Ada Orang Melanggan

Aktiviti pelacuran bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Selagi ada permintaan, selagi itu kegiatan tidak bermoral itu terus berjalan. Malah, negara kita turut menjadi pilihan wanita warga asing untuk menjalankan aktiviti pelacuran berikutan bayaran yang lumayan.

Pihak imigresen turut memantau warga asing yang masuk ke dalam negara ini dalam usaha membanteras aktiviti itu terus berleluasa.

Namun, ada yang datang ke Malaysia untuk melancong tetapi sebaliknya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Baru-baru ini, ‘Rumah Merah’ di Jalan Silang, Kuala Lumpur yang telah diserbu Jabatan Imigresen.

Dalam serbuan tersebut, tiga wanita warga Indonesia, dua wanita warga India dan seorang lelaki penjaga premis warga Nepal termasuk seorang pelanggan warga Myanmar dicekup.

Bukan itu sahaja, dua pekerja wanita tempatan merupakan pekerja di premis dan dua lelaki tempatan yang merupakan pelanggan turut ditemui.

Bagaimanapun, pihak Imigresen menceritakan bahawa operasi di rumah pelacuran oleh pihak berkuasa tidak semudah seperti disangka.

Ketika menjalankan operasi di Jalan Silang, penjaga premis bertindak mengunci pintu dan tidak memberi kerjasama.

Cubaan untuk membuka dan mengumpil pintu oleh Imigresen juga tidak berjaya hingga perlu memecahkan dinding untuk masuk.

Menerusi foto dikongsikan, sekaligus membuka mata masyarakat tentang realiti kewujudan pelacuran dalam negara ini.

Ruang ‘Rumah Merah’ terdiri daripada bilik-bilik melayan pelanggan dan laluan rahsia dimana ianya diubahsuai secara haram.

Lebih mengejutkan suasana didalamnya suram dan hanya diterangi lampu berwarna merah. Ruang yang tersedia sempit bahkan berbau dan kotor. Tidak terbayang bagaimana mereka melakukan aktiviti terkutuk di tempat kotor itu.

Dapat dilihat bilik-bilik tersebut sangat sempit bersama tandas yang dibina secara terbuka serta tiada pengudaraan yang baik.

Salah seorang pekerja membuat pengakuan, setiap pekerja wanita menerima 10 hingga 12 orang pelanggan sehari dan lebih pada hujung minggu.

Setiap pekerja dikenakan yuran RM25 sehari untuk bilik, kondom dan pelincir. Ia perlu dijelaskan pekerja kepada penjaga premis selepas tamat waktu bekerja.

Perkongsian oleh Jabatan Imigresen Malaysia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan melihat keadaan ‘Rumah Merah’ itu.

Malah, ada yang mengatakan demi nafsu ada yang tidak kisah untuk melakukan perkara terkutuk di tempat yang kotor seperti itu.

SUMBER: MSN