Setiap daripada kita pasti mempunyai keinginan untuk berpasangan dan mendirikan rumah tangga. Seiring dengan peredaran zaman, kebanyakan anak muda sekarang memilih untuk pasangan sendiri.
Namun, masih wujud lagi adat dimana ibu bapa menjodohkan anak mereka. Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok @BibiEddy mengenai abangnya malu-malu apabila pertama kali bertemu dengan calon isterinya.
Difahamkan, mereka sekeluarga ke rumah bakal keluarga mentua abangnya untuk merisik dan dapat dilihat kedua-dua mereka tersipu malu.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pasangan itu sememangnya sama cantik dan sama padan.
Tidak kurang juga, ramai yang cemburu melihat video merisik pasangan tersebut yang mengikut adat serta tersengih melihat video tersebut yang sangat manis.
Dalam pada itu, ramai mendoakan segala urusan untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan serta mahu melihat gambar pasangan itu berkahwin.