Tak Sampai Setahun Pakai Dah Rosak, Netizen Pertikai Kualiti Beg dUCK

Sebut sahaja jenama dUCk, pasti ramai tahu ada sahaja kontroversi terpalit jenama berkenaan dan sering menjadi bualan netizen.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna TikTok menjadi perhatian apabila meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti barangan dUCk yang dibelinya.

Menerusi video tersebut, individu mengatakan tidak sampai setahun dia menggunakan beg jenama dUCk itu namun sudah rosak.

https://www.tiktok.com/@haniefadila/video/7050274190376619290?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mencadangkan untuk membeli jenama lain dimana harga lebih kurang sama namun tahan lasak bertahun lama.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa barangan jenama itu daripada China namun hanya ditambah logo sahaja.

Video tersebut turut dikongsikan semula di laman Twitter oleh netizen sekaligus mendapat perhatian pengguna jenama tersebut yang meluahkan perkara yang sama.

Seorang netizen berkongsikan, baru sahaja tidak sampai tiga bulan menggunakan barangan jenama itu namun sudah pun koyak.

Malah, ada seorang netizen berkongsikan dompet jenama tersebut yang dibeli pada Mac 2021 sudah pun rosak meskipun tidak pernah digunakan.

SUMBER: Tiktok Haniefadila