Tidak dinafikan kebersihan kedai makan turut menjadi faktor utama setiap kali kita makan di luar. Kalau tak bersih, sudah tentu kita pun tak ada selera nak makan.
Jadi, kalau pergi ke kedai makan pastikan periksa dahulu sama ada bersih kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini berlaku seperti sakit perut.
Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok menggunakan nama @ayuwho ketika sedang makan di sebuah restoran. Menerusi video tersebut, wanita berkenaan terkejut apabila terlihat dua ekor tikus sedang berkeliaran di tempat memoton ayam goreng.
Difahamkan, bahagian tersebut dipercayai tidak dijaga oleh mena-mana pekerja sehinggakan haiwan tersebut boleh ‘melepak’ di tempat potong ayam berkenaan.
Wanita tersebut bersama rakan-rakannya yang lain difahamkan baru sahaja selesai makan sebelum melihat dua ekor tikus berkenaan.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berkongsikan pengalaman mereka makan di kedai kotor.
Malah, ada yang bertanyakan lokasi restoran berkenaan namun tidak dijawab oleh wanita yang memuat naik video tersebut. Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa bimbang kerana kencing tikus boleh membawa maut.
Kembang tekak tengok, ada kemungkinan kedai tersebut kotor sampai tikus boleh masuk cari makan. Risau pula nak makan luar selepas ini.
SUMBER: Ohmedia