Malaysia sememangnya negara yang sangat unik kerana mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya. Jadi tidak hairanlah jika ada perkawinan campur berbeza bangsa.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pemuda bernama Shahrul memuat naik gambar berada di perkuburan Cina.
Difahamkan, pemuda itu menziarahi kubur bapanya. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan agama pemuda itu.
Malah, ramai yang tertanya-tanya wajah dan namanya seperti orang Melayu sekaligus membuatkan ramai menyangka pemuda itu beragama Islam.
Tidak mahu menimbulkan salah faham, pemuda itu menjelaskan adalah Cina Asli dan bukan beragama Islam seperti yang diperkatakan netizen.
Sementara itu, satu lagi video dikongsikan olehnya menjadi perhatian yang bertanyakan kepada pengikutnya yang mahukan angpau.
@shahrul7578 sapa nak angpau marii lee😂#🧧🎊🎉🎉🎉❤️❤️❤️💵💴💰💴💵💴💵 ♬ bunyi asal – Mamak gemuxx – Mamak Gemuxxx
Diruangan komen, netizen sekali lagi bertanyakan mengenai agama dan bangsa pemuda itu. Kata pemuda itu, dia sudah menjelaskan bahawa ibunya orang Asli dan bapanya berbangsa Cina.
Meskipun sudah menjelaskan di ruangan komen, masih ada netizen seolah tidak percaya dengan pemuda itu apatah lagi wajahnya seperti orang Melayu.
Dalam pada itu, ada yang mencadangkan untuk bertemu dengan pemuda itu untuk melihat kad pengenalannya. Komen tersebut dibalas oleh Shahrul yang menjemput mereka untuk datang ke rumah.
SUMBER: TikTok