Pagi Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Bersalin

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Namun zuriat adalah rezeki dari Tuhan, ada yang cepat dan ada yang tunggu bertahun baru dikurniakan cahaya mata.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Riri berkongsikan momen indah dimana dia selamat melahirkan cahaya mata selepas 10 tahun menanti.

Riti turut menyifatkan ianya anugerah terindah di apatah lagi sudah sekain lama menantikan cahaya mata.

Lebih mengejutkan wanita itu tidak tahu dirinya sedang hamil 9 bulan. Menerusi satu video dikongsikan oleh Bidan Zulfa, wanita itu mendedahkan Riri membeli ujian kehamilan waktu pagi.

Pada sebelah petang Riri sudah mula rasa sakit contraction dan pada malamnya selamat melahirkan bayi lelaki.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut kerana bayi dilahirkan sihat serta mengatakan apa yang berlaku adalah kuasa Allah.

SUMBER: TikTok