Seolah sudah menjadi kebiasaan apabila ibu bapa meletakkan tuala basah di kepala anak mereka setiap kali demam.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok oleh seorang doktor yang menegur tindakan tersebut yang sebenarnya boleh mengundang risiko sawan.
“Bila kepala panas sangat sawan akan naik. Apa yang berlaku adalah haba itu akan terperangkap di bawah tuala,” katanya.
Jelasnya lagi, apabila memakai tuala haba panas akan terperangkap. Doktor itu turut berkongsikan cara paling mudah adalah sapukan air secara terus kepada kepala, leher dan ketiak bagi mengurangkan suhu badan anak.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang baru mengetahui tentang risiko meletakkan tuala basah kepada anak serta berterima kasih dengan penjelasan berkenaan.
SUMBER: TikTok Klinikttdi_sgbesi