Penyertaan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai peserta program Big Stage 2022 mengundang kritikan dan komen negatif daripada netizen.
Ditambah pula dengan kemunculan bekas kekasihnya Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Namun, lebih mengundang rasa kurang senang apabila Vida sibuk memberikan komen dengan menyatakan bahawa nyanyian Iqbal sangat baik dan sedap didengar.
Namun, pengacara program tersebut iaitu Alif Satar tampil menegur usahawan itu bahawa tugas sebenarnya membaca komen-komen yang dikongsikan oleh warganet di Twitter bukan memberi komen tentang nyanyian peserta.
“Presiden Netizen, sebenarnya tugas Presiden Netizen cuma baca Twitter je, tak perlu bagi komen pun. okay, terima kasih,” kata Alif.
Tindakan Alif itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokongnya serta bersetuju dengan apa yang dilakukan sebagai pengacara untuk sentiasa mengingatkan.
Kata netizen lagi, sepatutnya yang layak memberi komen kepada peserta adalah juri profesional sahaja.
Terdahulu, Iqbal mengejutkan ramai pihak termasuk para juri apabila muncul sebagai peserta ke-12 program Big Stage musim ke-4.
SUMBER: Ohmymedia