Meskipun kita peka setiap kali memandu dan tidak melanggar undang-undang jalan raya namun dek kerana sikap tidak beranggungjawab pemandu lain kita boleh menjadi mangsa kemalangan.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video dashcam sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita melanggar kereta lain apabila cuba mengelak sebuah kenderaan Toyota Vios di lorong kanan secara tiba-tiba membuka pintu kereta.
BACA: Tahan Kereta Ajak Gaduh Selepas Gagal Potong Barisan, Abang Kopiah Hitam Dikecam
Tindakan penumpang kereta Vios itu menyebabkan motosikal itu melanggar kereta Axia yang berada di lorong sebelah.
Difahamkan, kejadian didakwa berlaku di Melaka. Dapat dilihat sebaik sahaja jatuh pembonceng motosikal berkenaan terus ke kereta Vios berkenaan.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya mengapa penumpang Vios itu membuka pintu ketika berada di tengah jalan raya.
Malah, ramai yang mengecam tindakan penumpang Vios berkenaan yang mementingkan diri sehingga menjadi punca motosikal itu kemalangan.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan orang seperti itu mesti jenis yang setiap kali membuka pintu tidak melihat cermi sisi terlebih dahulu.
Apa pun diharap penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu Axia berkenaan dapat meminta ganti rugi daripada penumpang Vios tersebut.
SUMBER: Facebook Dashcam Malaysia