Gara-gara seluar dalam, tak pasal-pasal seorang lelaki terpaksa memujuk isterinya yang menangis kerana salah sangka terhadapnya.
Menerusi satu perkongsian tular oleh Aimzama, lelaki itu memberitahu dia dan isteri tinggal di rumah flat dan baru-baru ini dia mengangkat pakaian di ampaian rumahnya.
Menurutnya, ketika mengangkat pakaian dia ternampak seluar dalam di ampaian rumah dan turut mengambil sama kerana sangkakan ianya milik isterinya.
Namun, disebabkan seluar dalam itu isterinya menangis kerana menyangkakan dia ada membawa perempuan lain masuk ke rumah mereka.
Perkongsiannya itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan lelaki berkenaan yang tidak kenal pakaian isteri sendiri.
Malah, ada netizen lelaki mengatakan disebabkan itu juga dia rajin membasuh baju untuk elakkan perkara sedemikian terjadi.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan mungkin selepas ini isteri boleh tulis nama pada pakaian dalam mereka supaya tidak lagi terjadi salah faham.
Sementara itu menerusi perkongsian di Twitter, lelaki itu sedikit lega apabila ada salah seorang jiran dapat membuktikan bahawa tiada perempuan lain dibawa masuk ke rumah.