Baru sahaja dua minggu mendirikan rumah tangga, lelaki bernama Syed Syami berdepan dugaan hebat apabila isteri tersayang meninggal dunia angkara buatan orang.
Menurut Syamin, penderitaan dialami arwah isterinya bermula pada malam pertama perkahwinan mereka sehingga isterinya itu menghembuskan nafas terakhir pada 17 Februari lalu.
Syamin berkata ketika mereka mahu bersama pada malam pertama, keluar ketulan darah dari kemaluan isterinya dan semenjak dari itu arwah menderita sakit sehingga tiada selera makan.
Kata Syamin lagi, arwah isterinya menderita akibat buatan orang sejak tahun 2016 lagi dan isterinya sudah menemui pengamal perubatan Islam. Tambahnya penyakit yang dialami arwah isterinya itu angkara sihir dan santau.
“Sebenarnya dia derita akibat buatan orang ni dah lama sekitar tahun 2016 lagi. Sebelum kahwin juga macam-macam dugaan saya dengan dia hadapi sampai ada tahap tak jadi nak kahwin,” katanya.
Dalam pada itu, Syamin berkata dia tidak mencari individu yang menghantar sihir kepada isterinya sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk membalasnya.
Berat dugaan dilalui pemuda ini, semoga tabah menghadapi ujian. Diharap, individu tidak bertangungjawab itu bertaubat dengan apa yang dilakukannya.
SUMBER: mStar Online