Setiap kali adik beradik berkahwin, pasti akan rasa sedih kerana selepas ini mereka sudah mempunyai tanggungjawab lain terhadap isteri atau suami mereka. Namun, ikatan adik beradik akan kekal hingga ke akhir hayat seperti air dicincang tidak akan putus.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok @anienanie memaparkan seorang kakak yang menghadiahkan seutas gelang tangan emas berharga RM25,000 kepada adik perempuannya.
Menerusi video tersebut, kakak pengantin memberi hadiah cukup bernilai sempena adik kesayangannya itu sudah pun menamatkan zaman bujang serta mendoakan adiknya bahagia hingga ke syurga.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum melihat kasih sayang antara adik beradik itu. Malah, ramai yang seronok melihat kakak membahagiakan adiknya.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan seronoknya ada seorang kakak kerana tidak pernah merasakan kasih sayang seorang kakak mahupun abang.
SUMBER: Beautifulnara