Isu penyewa membuat onar bukanlah perkara baru dibualkan di media sosial. Lebih teruk sehinggakan ada penyewa hanya membiarkan sampah berbulan-bulan dan boleh tidur dirumah atau bilik tersebut.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik status buat pengguna lain untuk mereka berkongsikan pengalaman berhadapan rakan serumah pengotor.
Ceritakan pengalaman anda duduk satu rumah dengan manusia pengotor. Luahkan kemarahan di tweet ini. Go!
— brgsjks (@brgsjks) February 26, 2022
Lebih mengejutkan, ramai netizen berkongsikan rata-ratanya golongan pengotor kebanyakan wanita yang cantik. Ada yang mengatakan diluar serba cantik namun di dalam rumah sangat pengotor.
Perkongsian seorang netizen menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan rakan serumahnya yang bukan sahaja pengotor tetapi malas mandi dan membiarkan pad yang sudah basuh disidai dan seluar dalam dibiarkan berendam berbulan.
Seorang lagi netizen berkongsikan ada rakan serumahnya tidur dengan mekap dan keesokan harinya hanya menukar baju sahaja untuk ke kelas. Lebih parah, seluar dalam yang dipakai akan diterbalikknya kerana bahagian luar tidak kotor.
Malah, ada yang mendedahkan rakan serumah tidak memakai tuala wanita ketika datang bulan kerana kedekut untuk membelinya.
Dalam pada itu, ada yang berkongsikan gambar makanan basi dan terbiar oleh rakan serumah mereka sedangkan bahagian di luar bilik adalah untuk kegunaan bersama.
SUMBER: Twitter brgsjks