Abang Viva Akhirnya Setuju Terima Kereta 4×4 Dari Founder Kosmetik Tapi…

Ramai yang cukup kagum dengan Abang Viva viral yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam. Mana tidaknya, dengan hanya berbekalkan RM50 tidak menghalang niat murni Azwan Omar untuk membantu mangsa banjir.

Ketika Abang Viva sibuk membantu mangsa banjir, muncul berita mengenai seorang pengasas kosmetik bernama Sha Hassan yang mahu memberikan kereta pacuan empat roda bagi memudahkan misi bantuannya itu.

Bagaimanapun, Abang Viva tidak pasti sama ada ingin menerima ataupun tidak pemberian dan menolak tawaran tersebut jika ianya berunsurkan pemasaran.

Susulan itu, usahawan berkenaan dikecam teruk malah ada yang mendakwanya mengambil kesempatan di atas populariti Abang Viva.

Tampil menjelaskan mengenai perkata itu, menerusi satu video Sha berkata Abang Viva tidak pernah menolak tawaran mengenai kerta itu dan memaklumkan akan menghubunginya sebaik sahaja selesai membantu mangsa banjir.

Kata Sha lagi, pemberiannya itu ikhlas untuk memudahkan Abang Viva terus membantu orang ramai memerlukan dan tidak meletakkan apa-apa syarat.

Menerusi perkongsian terbaru, usahawan tersebut sudah pun bertemu dengan Abang Vida dan akhirnya bersetuju menerima kereta berkenaan.

Sha juga meaklumkan sudah menempah kereta jenis 4×4 dan tempahan tersebut sedang diproses. Sha juga menjawab pertanyaan netizen mengenai proses mendapatkan kereta tersebut memakan masa walaupun beli secara tunai.

Lebih menjadi perhatian, Sha turut memuji sikap Abang Viva yang sangat rendah diri dan tidak kisah dengan pemberiannya serta tidak langsung bertanyakan mengenai kereta tersebut.

SUMBER: Instagram Sha Hassan