Ada Anak Ketagih Youtube? Tips Ayah Ini Mampu Selamatkan Anak Anda

Di zaman serba moden ini, tidak dinafikan telefon pintak antara perkara wajib perlu dimiliki setiap orang. Malah, kanak-kanak kecil juga kini sudah didedahkan dengan gajet.

Perkara itu sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa yang risau jika anak-anak menjadi ketagih dengan menonton video di YouTube sehingga ada yang baran jika kehendak mereka dituruti.

Namun, baru-baru ini seorang bapa berkongsikan tips yang dilakukan olehnya untuk mengelakkan anak dari ketagih YouTube ataupun telefon pintar.

Menurutnya, dia sudah melakukan perkara itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan berkongsikan tips tersebut untuk ibu bapa senasib dengannya.

Katanya, anaknya ketagih dengan YouTube dan hampir setiap masa akan minta telefon untuk menonton YouTube. Jika tidak diberi, anaknya akan mengamuk.

Ujarnya dia kemudian berbincang dengan isteri mengenai ilmu keibubapaan tentang minda kanak-kanak yang semenangnya boleh menyerap perkara sekeliling mereka seperti ‘span’.

Namun, satu perkara ini pasti membuatkan ramai terfikir mengenai video kanak-kanak zaman sekarang dilihat laju?

Lelaki itu menjelaskan video sekarang laju adalah untuk memastikan otak anak-anak kekal menonton dan terpaku dengan video tersebut yang akhirnya membuatkan ketagihan.

Jelasnya lagi, ada yang mengatakan anak semakin bijak kerana menonton YouTube kerana boleh mengahalaf lagu bahasa Inggeris. Ya, dia bersetuju anak menjadi bijak, tetapi mempersoalkan bagaimana pula dengan emosi dan sosial mereka.

Berkongsikan tips yang digunakan, dia masih memberikan anak menonton YouTube namun hanya melalui komputer supaya tidak dikawal oleh anak-anak.

Tips yang dilakukan adalah dengan memperlahankan video tersebut dengan menukar Playback Speed. Ujarnya, sebaik sahaja video tersebut diperlahankan, anaknya dilihat mula bosan dengan video berkenaan sehingga tidak mahu lagi melihat video di komputer.

Katanya lagi, anak juga tidak perasan video tersebut diperlahankan dan akhirnya sibuk bermain permainan daripada menghadap telefon sebelum ini.

Menurutnya lagi, dia kini melihat banyak perubahan ketara selepas anaknya bermain permainan seperti kanak-kanak biasa. Ujarnya lagi, dia lebih rela menghadap anaknya bermain berbanding seperti dahulu.

SUMBER: Instagram Molkhan