Adik Dedah Neelofa Akan Menangis Setiap Kali Dapat B Dalam Mata Pelajaran

Umum mengetahui pelakon dan usahawan terkenal Neelofa merupakan seorang pelajar yang cemerlang ketika di bangku sekolah. Baru-baru ini, menerusi YouTube, adiknya Atisha Khan mendedahkan satu cerita yang ramai tidak tahu.

Menurut Neelofa, ketika di usia 12 tahun dia memperoleh keputusan cemerlang termasuklan dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Lebih mengagumkan, ketika darjah 6 dia juga merupakan ketua pengawas.

Apa yang menjadi perhatian, Neelofa berkata dia sentiasa mendapat markah A dalam semua mata pelajaran, namun Atisha mendedahkan kakaknya itu pernah menangis apabila mendapat markah B.

Mendengarkan pendedahan Atisha itu, Neelofa berkata dia menangis kerana dia sudah belajar bersungguh-sungguh. Malah, Neelofa sempat berseloroh mengatakan dia sepatutnya lebih baik bermain.

Kini Neelofa bukan sahaja bergelar usahawan berjaya, malah figura yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa.

SUMBER: Hotfm